~Kawan Paling Baik~

~ Wednesday, April 23, 2008


Hari ini,

Saya bercerita kisah semalam,

Sebab yang tinggal hanya memori,

Cerita saya dan awak.



Hari ini,

Saya tanya orang,

Kata mereka saya gila,

Kalau gila warasnya bagaimana?



Saya buka peluang,

Untuk satu penjelasan,

Malangnya saya gagal,

Kata mereka saya masih begitu,

Gilakan awak.



Kata orang, cinta macam bunga,

Satu saat kembang bermusim,

Satu saat lagi layu kering.



Hari ini,

Saya tengok bunga itu kering,

Saya tak nak bajai lagi,

Untuk apa?

Kalau sekadar saya yang membaja,

Tapi bunga tak mahu hidup sendirinya.



Saya suka awak,

Sebab awak baik,

Sebab awak teman sedih,

Suka,gembira, nangis, ketawa

Suka itu hanya suka.



Tapi nanti,

Kalau ada yang datang,

Saya nak dia macam awak,

Baik macam awak.



Awak kawan saya,

Kawan paling baik.