~BUZZ I~

~ Sunday, June 28, 2009


BUZZ!!!
BUZZ!!!

Mr.Teddy terlepas dari genggaman. Aku menguap kecil. Dengan mata yang masih terpisat-pisat.Skrin Tobby aku pandang. Tak ada apa-apa yang menarik kecuali beberapa chatters membuzz. Cursor bergerak ke arah pangkah pada window ym. Klik!

Aku menutup Tobby, laptop kesayangan hadiah Kak Wan sempena hari lahir ke 24. Sayang betul kakak yang sorang tu dekat aku.Yelah,satu-satunya adik yang ada. Tak nak manjakan aku nak manjakan siapa lagi, ye tak?

Belum sempat mata ni terpejam, serentak dengan itu paha aku ditepuk dengan kuat. Jin afrit punya makhluk!! Aku mengantuk ni!!

“Rin, bangun wehh..ada cerita menarik ni.” Aku terduduk sekejap. Kesan tepukan yang maha kuat tu memang jelas terasa dipaha. Rasa macam kena gigit Godzilla. Iqa..iqa.. nasib baiklah kau tu lembut dan manja..kalau tak…dah lama aku gigit-gigit.

Sakitnya, tangan orang ke tangan beruang haa?

Syazrin menarik kembali gebar Garfield kesayangannya. Iqa disisinya terpinga-pinga. Iqa menggoncangkan badannya.

“Aku mengantuklah Iqa..kau cerita kat Chad ek..” Sengaja aku kuatkan suara lagi-lagi dekat perkataan ‘mengantuk’. Setelah semalaman menyiapkan kertas kerja, meneguk dekat tiga gelas Nescafe dan melalak lagu Big Girls Don’t Cry, aku dah tak larat dah nak bukak mata. Sudahnya, Iqa berlalu meninggalkan aku dengan kehampaan.

* * * * *

Chad membelek jam ditangan. Mana mangkuk ayun sorang ni?? Tadi sms kata ada dekat arrival gate dah. Iqa disebelah dah mula mengeluh. “Chad, Abang kau ni mana?.” Pantas Chad menggeleng. Cap nike warna merah hati miliknya ditanggalkan. Kepalanya segera disua ke dalam kereta Satria Neo.

“Zul,aku tak nampaklah bro aku.Kau pergi parking dululah, biar aku dengan Iqa pergi carik dia.” Zul sedikit pun tak membantah. Sebaik sahaja Iqa dan Chad mula melangkah, Satria Neo pun sepantas kilat mendesup pergi.

Chad mendial kembali nombor abangnya. Sekali…dua kali…tiga kali…. Ish…. Apsal tak angkat ni??? Chad menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal manakala Iqa sudah mula bergerak melepasi McDonald. Iqa memandang sekeliling. Manalah tahu nampak si Jeffry, abang Chad yang tiga suku sengal tu.

Langkahnya terhenti bila dia ternampak Jeffry sedang rancak berborak dengan seorang jejaka. Jeffry tersenyum dan melambai ke arah Chad yang sedang tercungap-cungap berlari. Iqa terpaku…Mamat tu…hensemnya…. Chad…aku rasa… aku dah jatuh cinta pandang pertamalah dengan dia.

Iqa tersengih sendirian. Eh,minah ni pehal plak? Sebaik sahaja Jeffry dan si Handsome tu melangkah dan sampai ke arah mereka. Terus saja Jeffry diterpa oleh Chad.

“Eh..eh..Chad, janganlah peluk-peluk.Kang orang ingat awek mana plak peluk abang. Jatuhlah saham.” Jeffry tersengih.

“Kan Iqa?.” Iqa masih statik. Tersengih macam kerang busuk. Segera Chad menyiku. Iqa membulatkan mata. “Apa??.”

“Iqa ni dah kenapa?? Rindu abang ek?.” Jeffry masih lagi giat mengusik manakala Iqa sudah mula mencebik.

Banyaklah rindu, orang suka kat kawan awak tulah.. handsome bangat! Kenalkanlah wahai abang Jeffry sayang…please…


Si Handsome tersenyum. Arghh..hypoxia..hypoxia!! Tiba-tiba jantung ni berdegup tak sekata. Lagi-lagi saat si Handsome menghulurkan tangannya dan berkata. “Hai.. saya Zaki.”

* * * * * *

“Serius…You should see him. So handsome!! Aura charming dia.. Lee Dong Wook pun takleh celen tau.” Iqa tersengih-sengih. Rin memandang ke arah Chad. Chad tersenyum lantas menganggukkan kepalanya. Sah! Memang minah ni tengah angau.. sampaikan hero feveret kitaorang tu pun boleh ditolaknya ketepi.

“So..tak nak Dong Wook dahlah ni??.” Rin bertanya. Pantas dan bersahaja Iqa menggeleng. Pergh.serius minah ni dah angau.. confirm!

Syazrin bangun dari duduk. Menghampiri Chad yang sedang seronok menggoreng telur didapur. Comellah Chad ni. Dengan rambut pendek tercacak, mata bulat dan pipi macam pau, Chad memang comel. Lagi-lagi bila dia memasak dengan apron Minnie Mouse kaler pink milik Iqa. Hilang terus kebrutalan.

Tangannya pantas mencapai Milo Fuze 3 in 1. “Kau nak tak Iqa?.” “Lerr..kan aku dah kata tadi.Tak nak Dong Wook, nak Zaki.” Chad dan Syazrin berpandangan. Serentak dengan itu, ketawa meletus. Kedua-duanya senak menahan perut.

“Kau ni memang dah merenglah Syafiqah oii..” Chad ketawa lagi sampai matanya berair. Rin pula menambah.

“Aku tanya nak milo tak.. tiba-tiba kau jawab tak nak Dong Wook, nak Zaki.Hai..parah..parah..Chad, cepatlah suruh abang kau masuk meminangkan Zaki untuk si Iqa ni..dah kritikal ni ”

Iqa tersipu-sipu malu. Chad pulak segera mengangguk sambil tabik hormat. “Yes madam! Arahan diterima.Roger and out!.”

* * * *

Selesai sahaja orientasi, aku dan Zack duduk menghadap matahari terbenam. Cantiknya!

“Rin..” Serentak dengan itu kami berdua mengalihkan pandangan ke belakang.
“Jom balik.Aku hantar kau.” Hakim berdiri dengan jersi bolanya yang comot bermandi lumpur. “Takmolah.Kau busuk.Aku balik dengan Zack ek?.” Syazrin tersengih. Hakim menarik muka masam.
“Yelah..yelah..aku busuk. Kau duduklah dengan Zack tu. Zack, jangan lupa hantar minah sorang ni balik tau.Bye.”

Hakim berlalu meninggalkan kami. Zack menolak bahuku.

“What??.”

“Apsal kau cakap macam tu? Keciklah hati dia..”
Eh,yang Zack pulak terasa apehal?

“Main-main jelah..alah..Hakim tak merajuk punya.”
Nanti sejuklah tu…karang aku tinggalkan ko, ko plak merajuk.

“Kalau dia merajuk macam mana?.”
Kalau merajuk biarlah..ke ko nak tolong pujukkan?

Syazrin terdiam. Isu kecik pun nak besar-besarkan. Balik dengan siapa-siapa pun sama je. Ada masalah ke?? Lagipun betul apa.. Hakim tu baru habis main bola..busuk arr bau peluh-peluh.

“Yelah..yelah…aku sms dia.” Aku segera meraba poket belakang jeans aku. Handphone Sonny Ericsson W300i aku tekan.

‘Hakim..sorrylah tak balik dengan ko. Lain kali aku balik dengan ko ek’

Zack tersenyum ke arah Syazrin. “Haa..that’s my Syazrin” Aku menjelirkan lidah. Suka sangat mamat sorang ni dengan dialog rekaan dia tu. Tapi actually, aku suka sangat bila dia cakap my Syazrin.

Ramai orang pelik macam mana kitaorang boleh berkawan. Macam langit dengan bumi. Bulan dengan Matahari. Bumi dengan Pluto. Zack sangatlah handsome orangnya, berkarisma, fofular, pandai. Aku pula.. sedang-sedang, ketot macam pokok bonsai yang kak Wan suka kerat-kerat ranting dia tu, gelap dan bulat macam ikan buntal.

Nama jolokan Zack buat aku- si buntal! Mula-mula memang marah tapi lama-lama dah terbiasa. Zack memang kaki sakat yang kalau boleh dua puluh empat jam nak menyakat aku. Macam mana kitaorang boleh jadi kawan pun aku confuse. Semuanya gara-gara tertukar beg dan aku bermati-matian mengatakan beg yang aku pegang tu milik aku.

“Betul kak…saya tak tipu. Beg kita tertukar.Kalau tak percaya cuba tengok dalam dia.”
Akak?? Cehh..aku yang comel ni dipanggilnya akak? Bajet muda sangatlah tu.

“I don’t believe it.Dari tadi beg ni ada dengan saya. Don’t bluff me lahh..”
Yang kau nak beg aku ni kenapa?

“Lerr…tak percaya plak minah ni..saya kata tu beg saya, beg sayalah. Ni haa beg awak.”
Tipu! Aku tak percaya!!!Entah-entah kau bubuh cd cetak rompak dalam tu.. pastu nanti bila kantoi nama aku yang busuk.

Syazrin masih kaku disitu. Suasana hingar bingar. Ish,tak suka betul aku dengan kekocohan ni.Karang mulalah ada kontroversi hangat dari manusia-manusia sekeliling. Zack menggelengkan kepala.

Before things get worse..better make your move Zack.

“Hakim..pleaselah cakap kat kawan kau ni.Tu beg aku..”
Hee..degil betul dia ni. Anak siapalah gamaknyerr..keras kepala!

“Rin..checklah..mana tahu betul ke.” Syazrin menggelengkan kepalanya.

“Dari tadi beg ni dengan akulah Kim..of course it’s my beg.”

“Oklah cik kak oii..saya gerak dulu. Kim, kalo kawan kau ni rasa beg yang dia tengah dok peluk tu beg aku, kau taulah mana nak cari aku.Bye.”

Hakim menganggukkan kepalanya sambil melihat Zack berlalu meninggalkan mereka berdua.

* * * * * *
Aaaaa..my lab report!!! Matilah aku!! Kenapalah aku degil sangat tadi, lepas tu konfiden je tak check beg tu… Syazrin memandang ke arah beg Nike warna biru yang bermati-matian dipertahankan daripada Zack. Habis semua barang dalam beg tu bersepah di atas katilnya, spek hitam, kamera digital, pencil case, notebook kaler hitam, dan entah apa-apa nota tah. Dahlah lab report tu nak kena hantar esok…Uwaaa…Abah…tolong Rin Bah.

Syazrin berjalan mundar mandir.Mati akal dibuatnya. Kejap ke hulu kejap ke hilir. Nana pulak naik pening melihat roomatenya yang sorang tu.

“Kau kenapa Rin oii?.”
Tengah menari cha-cha..Nak join?

“Tengah serabut…tak nampak ke?.”
Kau pulak tanya-tanya tambah menyerabutkan otak!

Nana menepuk-nepuk sofa, tanganya pantas melambai-lambai menyuruh Syazrin duduk. “Meh sini..cerita kat aku.Kau ni apehal?.”

Maka aku pon mula bercerita kejadian siang tadi yang tak mungkin akan aku lupakan seumur hidup ni. Waktu aku keluar dari library, sorang mamat ni dengan selamba kodok mengambil beg nike kesayangan aku dari tempatnya. Aku pun apa lagi..fire!! Tapi masalahnya…memang aku yang salah… beg yang aku beria-ia pertahankan pula memang beg dia. Sekarang ni..dah malam dan esok aku kena submit lab report.Awal-awal pagi pula tu!!!

Nana menganggukkan kepalanya lagak seorang professor yang baru habis berconference. Aku rasa dah makin kusut. Tiba-tiba ym aku dibuzz Hakim. Hakim! Ya Allah..baru aku teringat.Mamat ni mesti boleh tolong aku.

mh87: BUZZ!!!
ring2card : kim!! tlg aku! :-S
mh87 : yeee. ada apa cik rin?
ring2card : beg nike aku… :(
mh87: zack punya kan?? aku dah agak dah.kau ni degil betul.
ring2card : mana aku nak tau.rupa beg kitorang sama oke.
mh87: kan aku dah suruh cek..degil!
ring2card : yela..yela..aku salah. cepat ar tolong aku. :'(
mh87: nah zacky_sk8r. id dia.add arr.mamat tu slalu jek on9
ring2card : zacky?? =))
mh87 : dah.dah.dah.gelakkan orang plak..gi setelkan cepat.
ring2card : aii aii sir…trimas! :)

Aku tersenyum.Hakim memang boleh diharap. Kalau apa-apahal, dialah penyelamat.. dialah hero..dialah…err..apehal puji-puji Hakim plak ni?? Syazrin segera menaip. Add friends. Fuh..fuh..fuh…mintak-mintaklah dia ada.

zacky_sk8r is now online!

ring2card : BUZZ!!!
zacky_sk8r: BUZZ!!!
ring2card : salam zack
zacky_sk8r: ring2kad?? sape ni??
ring2card : sy. beg nike biru
zacky_sk8r: owh...eh!beg nike biru bleh berchatting?? hebat!! :))

Mangkuk ayun punya manusia!! Heee..geramnya!!

ring2card : tak..sy ni syazrin. owner beg nike biru yg awk simpan tu.
zacky_sk8r: eh bukan awk kata yg awk pegang tu beg awk ke?? /:)
ring2card : ok2..I know dats my fault. sorry..plisss…urgent ni
zacky_sk8r: okeylah.esok sy pass beg awk tu dekat hakim. ;)
ring2card : eh. eh.tak boleh! sy nk malam ni!!
zacky_sk8r: erkk?? dah malamlah…
ring2card : plissss..urgent ni.esok awal-awal pagi sy nk kene submit lab report dlm beg tuu
zacky_sk8r: emm..okeylah.meet me at kafe depan library in 10mins

Haa?? Gila pe?? Dia nak suh aku naik jet ke?? Kang aku datang pakai baju tidur ni je kang.


ring2card : eh.cepat sgtlah. kurang-kurang bagilah 15min utk sy bersiap.
zacky_sk8r: lerr..tadi dia yg nk cepat sgt.
ring2card : hello!! memanglah nk cpt tp xdelah smpi trpaksa turun dgn sluar tdo!
zacky_sk8r: hehehehe..okey..sy tunggu. :D

Cepat-cepat aku tinggalkan laptop. Bersiap ala kadar. Mula-mula ingat nak suruh Nana teman tapi kesian pula tengok dia. Penat sangat rupanya. Sudahnya aku suruh Nana kunci pintu bilik baik-baik dan memberi jaminan yang aku akan pulang secepat mungkin. Biasalah…Nana ni macam arwah mak sket..susah hati anak dara keluar malam-malam. Takut kena culik Jebon!

Dengan selipar jepun, sweater oren Chargers, tudung hitam, seluar slack putih dan beg galas Zacky. Aku mengayuh basikal meredah malam. Nasib baiklah hostel aku tak jauh sangat dari library. Kalo tak…aduh..jenuh gak kerah keringat malam-malam hari ni. Demi lab report… kerana beg nike…

Demmit! Syazrin Dania memang degil! Kalau aku dengar cakap Hakim tadi mesti tak jadi macam ni…

Sebaik sahaja sampai di kafe, aku meneropong sekeliling. Lupa pulak nak bawak spek tadi.Terkocoh-kocoh sampai lupa yang aku ni memang rabun ayam sikit malam-malam. Lagi-lagi bila kena silau lampu. Tak nampak rupa makhluk-makhluk yang elok bertebaran kat kafe ni..ada yang melata..merayap..mengesot…yang study okeylah jugak. Yang menggatal-gatal.Buat semak mata je.

Bahuku ditepuk lembut.

Serentak aku toleh ke belakang.

Bebola mata mengecil sedikit.Diameter berkurang.

Zacky???

“Hai…” Malaun tu tersengih. Aku membalas sengihannya. Kami duduk ditempat yang jauh sikit dari hingar bingar kafe yang kalah pasar basah Selayang. Bising!! Jauh sikit jelah..maka kebisingannya tak berkurang pun. Mungkin berkadar langsung dengan suara kami yang menjerit-jerit kala cuba menjelaskan masalah yang tercetus. Semuanya.. kerana beg nike biru….

* * * * *

BUZZ!!! Sekali….
BUZZ!!! Dua kali…
BUZZ!!! Tiga kali…

zacky_sk8r: buntal..jom mamam!
ring2kad : sengal!! kau lah buntal..asyik makan je kejenyer..
zacky_sk8r: aku mkn byk xpe..sbb aku selim.ko tulah..buntal!

Ehh..ini sudah lebey..nak kene terajang gamaknya dia ni..dah puas hidup kot!

ring2kad : oke..klo aku buntal. ko pegilah makan dgn ikan-ikan sardin kat luar sana tu..kan
byk yg slim2..spesis ko! Ikan kering!
zacky_sk8r: alaa..sensitiflah pulak..kuci2..ala cyg…xmolah dgn ikan2 sardin & kering.. I syg tau
dekat buntal sorg ni..mana bley makan dgn ikan len…
ring2kad : gediksss!!
zacky_sk8r: hahahahaha…jomlah..lapar ni..
ring2kad : makan pizza ley?? tringin arr…
zacky_sk8r: ngidam ek?? brp bulan??
ring2kad : bongeks!! pick me up k..in 30mins ;P
zacky_sk8r: orite!

Aku pernah tanya Zack kenapa zacky_sk8r id dia.. Alasan dia time sekolah dulu dia suka main skate..so melekatlah id tu.. aku punya id plak sempena kad yang famous! Aku tersangatlah suka guna time sekolah-sekolah dulu. Sebab kalau public phone tu mengalami kesengalan maksima yakni tertera ‘emergency only’..ring-ring kad masih boleh digunakan dengan jayanya. Hanya perlu dial 1990..eh ye ke?? Dah lupa tapi yang pasti diikuti dengan code kad kita. Tersangatlah berguna disaat-saat genting.

Syazrin laju berlari ke dalam pizza hut sebaik sahaja tiba. Yang sorang macam lipas yang sorang lagi macam Archantia fullica..lembab dan slow bergerak. Syazrin membulatkan biji matanya.

Apsallah slow sangat mamat ni hari ni??

“Nape lama sangat berjalan?.”
Macam siput..tau tak?labi-labi pun lagi cepat.

“Saja..amik angin.”
Angin?? Aku angin kang baru kau tau.

Lantak kau lah labu.. lapar ni.. Menu Pizza Hut aku tatap. Eee..rasa macam nak makan semuanya. Tengah aku seronok memilih…tanpa aku sedar, aku menatap menu manakala Zack menatap aku!

“Kau nak makan apa Zack?.”

“Haa??.”

“Ishh..berangan pula.” Tak tunggu lama. Aku jadi tukang order untuk Zack. Tak tahulah angin apa dia hari ni. Selalu tu dialah raja makan. Menu aku pun dia yang selalu order. Tak boleh itu..banyak minyak..tak boleh banyak cheese nanti aku makin debab.. minum fruit juice jangan minum teh..macam-macamlah lagi pantang larang dia yang aku naik pelik memikirkan. Risau sangat aku makin debab!

“Wahai encik Zack yang kacak lagi ensem..anda ni kenapa?.”

Zack tersenyum.Aku tanya bukan nak jawab.Main senyum-senyum pulak.

“Hensem ek?.”

Hee..Dah kenapa dia ni?? Mereng?

Aku cuma menganggukkan kepala. Macam tupai.Iyakan jelah. Dah memang dia hensem. Kalau jalan mana-mana.Mesti semua orang pandang. Kat U pun banyak je perempuan adore dia. Tapi dia je yang boo layan sama diorang.

“Kau tau tak Hakim suka kau?.”
Erkk..tersedak! Hakim suka aku??

“Tak..dia takde cakap pape pon.”
Kalau dia cakap pun mesti aku tak tau nak jawab apa.

“Dia bagitahu aku, pastu dia cakap dia rasa kau suka aku.”
Double tersedak!!! Air..air..tolong saya!!

Syazrin terdiam. Air mineral diteguknya perlahan.

“Betul ke kau suka aku?.”
Soalan apekah ini??

Secara jujurnya..ya..memang aku suka Zack..bukan sebab dia hensem..owh tidak.. kalau nak kira hensem, Hakim pun hensem apa..kalau nak kira kenal lama..Hakim lagi lama aku kenal..luar dalam perangai semuanya aku tahu dan Hakim memang baik. Tapi hensem je tak memadai..sebab antara aku dengan Hakim..tak adalah sangat chemistry.. Tak sama dengan apa yang aku rasa dengan Zack… Zack teman ketawa, menangis, merepek..bergaduh..dan aku sangat selesa dengan dia.

Tapi kalau nak kira fizikal.. sesuaikah kami? Bak kata pepatah..pipit sama enggang.. Manakan boleh terbang bersama. Antara aku dengan Zack, macam beauty and the beast, akulah beastnya..macam biskut Jacob dengan PingPong.. macam kereta Porsche dengan Tiara…Kalau kitaorang kapel..mesti kene hentam punya..Aku bukanlah nak merendahkan diri yang sedia rendah tapi melihat susuk fizikal yang chubby macam mak dugong ni..kadang-kadang rasa macam tak sesuai pula nak suka siapa-siapa, tapi sebagai manusia normal, aku tak boleh mengelak dari jatuh…cinta.

* * * * * *

Seminggu aku tak bertegur sapa dengan Zack. Sedihnya bila setiap kali dia buzz aku tak balas. Aku saja offline. Kadang-kadang bila dia buzz 3 kali.. dan tulis ‘meet you as always’ Air mata aku mengalir laju. Kalau dia call, aku pass handphone pada Nana. Nana buat alasan aku tidur dan sebagainya. Ada juga dia call dan aku angkat tapi yang kedengaran cuma suara Zack. Aku hanya menjadi pendengar setia..tapi tak sampai berapa patah perkataan aku dah letak balik.

Syazrin memandang ke arah nota-notanya. Menguap kecil sebelum mengurut-ngurut pangkal keningnya perlahan. Nana menghampiri.

“Dahlah tu..tak payah nak stress-stress..jumpalah dia.”

Syazrin memandang Nana seakan-akan tidak percaya. Nana menganggukkan kepalanya.

“Dengarlah apa dia nak cakap.Yang kau tiba-tiba nak lari dari dia kenapa? Marah?.”Syazrin menggeleng.

Tak..aku tak marah dia..tapi kenapa dia tanya aku?

Syazrin ingat lagi betapa senyapnya dia selepas Zack bertanya soalan itu. Nak jawab rasa macam payah.Kang buatnya dia tak suka aku..malu je confess.Lagipun.. aku tau yang we are not compatible. Hari itu..tak macam hari-hari semalam. Sunyi dan sepi. Syazrin yang selalu kecoh bila disakat Zack hanya mendiamkan diri. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Zack pula rasa bersalah dan Zack tak sangka…hari tu, adalah hari terakhir mereka makan bersama.

Handphone W300i berbunyi. Nama Zack tertera. Baru nak ditutup, Nana menyambarnya terlebih dahulu.

“Hello,Nana ni.Kau katne Zack?.”

“Hmm..okey..datanglah..bawak si Rin ni keluar.Bincang baik-baik.”

“In 30mins??Okey..minah ni pun bukan siap lama sangat.”

Hah?? Ape ni Nana?? Tiba-tiba jadi PA aku..pulak tu pandai-pandai suruh Zack ambik. Tak nak siap! Tekad! Apa nak jadi..jadilah…

“Dah..pegi siap.”

“Tak naklah..kau call balik si Zack tu.Kata aku demam ke apa..”

“Kau ni kenapa Rin? Aku tahu kau suka dia..then nape nak avoid mamat tu?? Sianlah kat dia.”

“Lagipun dah seminggu lebih aku tengok kau macam ni..asyik nangis je..Kalau suka cakap jelah.”

“Takkan aku nak cakap..lagipun, kitorang tak sesuailah.”

“Ya Allah, apanya yang tak sesuai?? Aku tengok cukup je sifat kau. Ada mata..ada hidung.. takde plak mulut tu senget sebelah.”

Memanglah aku normal tapi…gemuk. Zack pula hensem, kurus, famous, pandai, apalagi yang kurang kat dia?? He deserve someone better than me.

“Kau takut dia rejek kau??.”
Syazrin geleng.

“Kau tak suka dia??.”
Geleng lagi.

“Lerr..apehallah minah ni. Kenapa?.Terus terang dengan aku ble tak?.”

“Aku..aku rasa tak sesuai dengan dialah.Dia hensem..kurus..aku chubby.. gemuk.”

“Laa..ke situ pulak dia.Kau okey apa..chubby-chubby pun kau comel. Sebab tu Hakim dan Zack berebutkan kau.You’re fun and adorable okey.Trust me.”

“Lagipun..bukan semua lelaki suka perempuan kurus..there’s something with you yang orang lain takde..ko baik,cheerful and caring.Pedulikan je orang nak cakap apa. Yang penting..apa yang Zack dan kau rasa..okey dear?.”

Syazrin mengangguk. Sudahnya dia masuk menyalin pakaian. Baju kurung putih bunga biru dengan tudung biru, siap memeluk beg nike warna biru. Rupanya ketika pertama kali bertemu dengan Zack, berebutkan beg…

* * * * * *

Zack sedia menunggu di bawah. Sebaik sahaja Syazrin sampai, pintu kereta dibuka. Syazrin masuk ke dalam.

“Hai..kak..tu beg saya.” Zack tersengih. Syazrin membalas sengihan tersebut. “Nah..amek..nak sangat.Nanti akak beli lain.”

“Ala..akak ni garanglah.Beg saya ada kat umah.Saja je ngusik. Akak sihat?.”

Syazrin menganggukkan kepalanya.

“Kau sihat Zack?.”

“Sihat..tapi hati sakit..rindu kat si buntal yang dah seminggu lebih menghilang. Hari-hari makan nasi bungkus sorang-sorang. Kalau akak nampak si buntal, bagitahu saya ek?.”

Zack ketawa manakala Syazrin mencubit lengannya bertalu-talu.

“Perasan muda! Bajet!!.”

“Hehehe..lama tak ngusik kau..rindu…”

Syazrin tersipu. Malu bila diusik begitu. Zack memanjangkan tangannya kebelakang. Seekor teddy bear warna kelabu ditariknya.

“Wahh..comelnya…” Mata Syazrin bersinar terang.

“Buntalkan?? Macam kau. Hahahaha..”

“Busuklah…bagi aku ke ni?.”

“Taklah..bagi Nana..kang tolong passkan kat dia ek?.” Syazrin mencebik. Kurang asam…nak bagi Nana tadi pun ko boleh angkut naik lift tu.

“Untuk awaklah wahai cik Syazrin Dania.” Serentak dengan itu pipinya dicubit. Syazrin mengaduh sakit.Lengan Zack ditamparnya sekuat hati.

“831”

“831??.”

“8 words..3 phrase..1 meaning.. I Love You.”

Syazrin terkedu. Wajah Zack ditatapnya. Macam tak percaya. Zack suka aku!

“That’s my Syazrin.” Pipi aku diusapnya lembut.

“Nak bagi nama apa ni teddy ni?.”

“Entah..em..mr.teddy.”

“Mr.teddy? Ala..bagilah nama mr.buntal..baru bley dok dgn mrs.buntal..hahahaa.”

“Eiii..jahat!!.” Bahu Zack dipukulnya manja. Zack menggenggam kedua-dua tangan itu. “Simpan mr.teddy as long as you love me..tak suka nanti bagi balik tau.”

“I won’t! Cepatlah…jom gi makan..”

“Baik cik bun...” Zack ketawa manakala Syazrin mencebik sambil tangannya ligat mencari sasaran untuk mencubit!

* * * * * *

Iqa mengejar Chad. Gambar ditangan Chad cuba dirampasnya. “Ala Chad..pleasee..” Chad ketawa sambil berlari-lari keliling rumah. “Tak nak aku kasi gambar Zaki kat kau. Nanti abang aku yang sorang tu takde can nak ngorat kau.Hehehee..”

“Jeffry??Heh!.” Iqa dah bercekak pinggang ditengah-tengah rumah. “Bagi free pon aku takmo.”

“Ala..tapi aku nak kau jadi kakak ipar aku Iqa.Takyahlah Zaki ni ek. Pass kat aku.” Chad sudah melabuhkan punggung di atas sofa sambil melayang-layangkan gambar Zaki. Syazrin tersenyum melihat telatah housematenya yang berdua tu. Dia bergerak ke ruang hadapan. Mengemas rak-rak kasut yang agak berselerak. Chad masih lagi giat mengusik Iqa. Dua anak dara itu kemudian berguling-guling diatas karpet berebutkan gambar Zaki.

Syazrin menghampiri mereka. Perlahan-lahan gambar ditangan Chad ditariknya.

“Hahahaha..aku dapat! Yeahh..mari kita tengok jejaka yang berjaya menawan Iqa.”

Syafiqah mengejar Syazrin.Ketika berebut, gambar tersebut jatuh ke lantai. Syazrin memandang tepat ke lantai.

Zakiuddin??? Jantungnya berhenti berdegup seketika. Syazrin melangkah longlai. Meninggalkan Chad dan Iqa dalam keadaan terpinga-pinga.

* * * * *

Bersambung.....

0 comments: