~BUZZ II~
Sunday, June 28, 2009
Labels:
cerpen
Biarlah ramai yang memandang. Biarlah orang nak kata apa. Syazrin dan Zack tak kisah tu semua.Bak kata Nana, yang penting..apa yang diorang rasa. Syazrin tak pernah terfikir, jejaka yang satu ketika dulu bergaduh berebutkan beg dengan dia kini teman istimewanya. Walaupun dah jarang berjumpa macam dulu disebabkan jadual kuliah yang makin padat dan course mereka yang berbeza tapi ym, sms dan call menjadi penghubung.
~
Ada yang mengejek, tak kurang yang mengata tak sudah-sudah. Konon-konon Zack layak dapat yang lebih okey dari Rin. Banyak gadis-gadis kampus itu lagi-lagi dari jurusan kejuruteraan mengomel.
"Bersepah awek cun-cun kat fakulti ni. Apsallah si debab dari fakulti lain gak yang dia tersangkut??."
Tak kurang juga yang dengan tak malunya buat muka tembok. Mengacau Zack bila saja ada kesempatan. Syazrin dah lali. Kadang-kadang rasa sakit.Susahnya ada boyfriend hensem, tapi bila berkali-kali Zack memujuk. Rin akur. Dia tahu Zack sangat sayangkan dirinya tapi…kata orang??
"Kau wat bodoh je..diorang sume tu jeles sebab kau yang dapat Zack." Nana memujuk waktu aku rasa pedih sangat. Lagi-lagi kena sindir. Ada ke patut diorang kata aku bomohkan Zack???
"Zack sayang Rin sorang je.Abaikan je siamang-siamang picisan tu." Naik ketawa dengan ayat Zack.Siamang?? Hehehehe
"Kau cakap kat aku sape yang merepek yang bukan-bukan tu.Meh aku karatekan!." Hakim siap buat gaya Oltromen nak fire raksasa dengan muka yang super serius!
Kadang-kadang rasa macam nak je suruh Zack putuskan hubungan kitaorang tapi kalau aku bangkitkan isu ‘tak sesuai tu’ je muka dia dah macam tapai basi, bayangkan jelah kalau aku mintak putus.Mau mamat tu emo berminggu-minggu. Bukan dia je..entah-entah aku pun parah nanti. Rasa macam jatuh dari langit lepas sayap kena tabrak dengan aeroplane.
* * * * * *
Surat yang diberikan Zack aku tatap puas-puas.Rasa macam tak percaya. Aku gosok bijik mata. Kiri…lepas tu kanan. Zack dapat offer further study dekat Russia! Kalau Zack terima, maknanya lagi dua minggu je kitorang dapat bersama. Zack sambung lagi tiga tahun course silver engineering dia dekat sana.
"Macam mana Rin?." Zack menoleh ke arah Rin. Sayunya muka melihat buah hati yang sorang tu.
"Entah..ikut Zacklah."
Kalau ikut aku memang tak nak aku kau pergi!
"Zack risaukan Rin kalau Zack pegi."
Aku pun risau Zack kalo kau dapat awek Russia!
"Risau nape plak? I’m going to be fine."
Rin senyum. Depan Zack kena kuat.Nak nangis-nangis, lalak-lalak, balik bilik kang ble wat. Nana!! Tunggu aku..aku nak basahkan baju ko dengan air mata berbaldi-baldi!
"Risau si buntal nanti jadi ikan kering.Hehehe."
Jemari ketam Rin pantas mencari sasaran.Hampeh punya bf.
"Ouch..sakitlah sayang oii..Taklah, Zack takut Rin cari lain." Tangan Rin Zack capai. Dia menggenggamnya sepenuh hati. Macam tak ada tanda-tanda nak lepaskan pun.
Syazrin menggeleng.
"I won’t.Kan dah cakap dulu. Selagi mr.teddy ada, selagi tu maknanya my love remain the same.Kalo Rin dah jumpa lain, nanti Rin pos mr.teddy pegi Russia." Syazrin tersengih.Tangannya sudah dilepaskan Zack.Pipinya pula menjadi mangsa cubitan Zack.
"Lagipun..kalo si buntal jadi ikan kering, barulah sesuai nak berganding dengan ikan kering yang lagi sekor tu." Syazrin ketawa berdekah-dekah.
* * * * * *
Profil friendster Zack ditatap sepenuh hati. Zack sangat comel dalam gambar dengan rakan-rakannya bermain skating. Baju panas hadiah Syazrin dipakainya sambil tersengih. Bila rindu, mesti profile tu jadi tempat dia melepaskan rasa. Seminggu sekali mesti mereka akan berhubung melalui ym.Jadual harian Zack terlalu padat dan kalau Zack tak dapat berym pun, mesti sms dari perantauan akan diterimanya.
Hari lahir ke-20 Syazrin disambut tanpa Zack disisi. Cuma hadiah dari Zack yang selamat tiba. Sekuntum bunga tulip, bookmark rama-rama dan sekeping nota…
‘si buntal sayang,Happy 20th Birthday!!! 831 Forever!!si kering yg hensem’
Syazrin tersenyum..nota itu digenggamnya kemas. Dia tak pernah menyangka. Itu adalah nota dan hadiah terakhir dari Zack.
Puas dia cuba menghubungi Zack. Sms tak dibalas.Bila telefon,nombor tiada dalam perkhidmatan. Friendster dan ym Zack tak aktif lagi. Email tak dijawab. Tiada lagi buzz dari Zack…tiada lagi si kering yang selalu menyakat si buntal.
Makin difikirkan makin buntu dibuatnya. Hidup Syazrin berendam air mata. Siang malam nama Zack tak lekang dibibir. Nana pening memujuk. Hakim membentak marah. Kenapa Zack buat macam tu??
* * * * * *
"Jomlah Rin.Join kitaorang tengok movie.Hakim, Sofea, Ajim dan Noni pun dah pakat ramai-ramai nak pergi." Nana menarik-narik tangan Rin. Dia sudah siap berjeans dan bert-shirt Guess.
"Malaslah..nak tido." Rin menarik selimut sampai ke paras dada. Berpura-pura memejamkan mata. Hilang Zack, Hilanglah semangat Rin. Bersosial pun jarang. Hari-hari memerap dekat rumah. Kalau nak jumpa masa kuliah, lepas habis kuliah je straight balik hostel.
W300i berbunyi. Mesej masuk.
‘Rin,kau kena join. Aku tak kira!! Sampai bila kau nak macam ni??’
Mesej dari Hakim aku abaikan.
Lagu That Thing You Do berkumandang. Hakim menelefon! Syazrin malas-malas mengangkat.
"Rin..cepat turun.Kalo kau tak turun aku naik."
Eh, mamat ni.. dah buang tebiat nak naik rumah aku??
"Aku penatlah Kim..malas..korang go on jelah without me."
"I’m sick of you!." Syazrin terpinga.
Apehal tiba-tiba dia nak marah aku ni??
"Dahlah tu buat alasan dengan kitaorang Rin. Penat kau je kau kira.Penat kitaorang?? Aku, Nana, budak-budak ni semua dah penat dengan perangai kau ni."
Aku tak suruh penat-penat pasal aku..ada aku suruh?
"Aku..nak tunggu Zack.Mana tau dia buzz kat ym nanti ke."
"Syazrin Dania!! Wake up! Zack dah hilang entah ke mana. Ada dia peduli pasal kau? Tak kan? Aku tau pedih nak terima tapi kau kena gak.Move on!."
Syazrin menangis teresak-esak.Hatinya pedih.Sarat dengan sakit. Kenapa Zack hilang macam tu je?? Kalau dia mintak clash, tak adalah aku macam ni. Ni..dia hilang tiba-tiba.
Where are you Zakiuddin??
* * * * * *
Majlis kesyukuran sempena kepulangan Jeffry ke Malaysia disambut meriah. Iqa,Syazrin dan Zul disambut mesra oleh Mak Mah,ibu Chad. Kelihatan kanak-kanak berlari-lari dikeliling rumah kampung itu. Makcik-makcik didapur asyik bersembang manakala anak-anak dara dah mula menghidang lauk pauk yang ada.
Chad ayu berbaju kurung warna merah jambu menuruni anak tangga rumahnya. Wajahnya tampak lain benar dengan selalu. Siap berlipstik nipis dan bercelak. Zul pun jatuh hati melihat rakan sepejabatnya tu yang selalunya ranggi dengan jeans, t-shirt dan cap. Cantiknya Chad…getus hati Syazrin.
Chad tersenyum manja. Zul pula tak habis-habis mengusik betapa cantiknya Chad. "Bila aku ble masuk meminang Chad?." Chad tersengih. Kepala Zul dilukunya.
Aisehh..ingatkan dah pakai baju kurung ayu-ayu ni, Chad berubahler jadi Shahirah.
Rupa-rupanya, Chad is still Chad.Syazrin tersenyum. Dia melangkah masuk untuk membantu apa-apa yang patut. Sibuknya..apedia aku nak buat ni??
Syazrin menghampiri makcik-makcik yang sibuk membasuh pinggan mangkuk dibelakang. Nak membantu disuruhnya orang-orang tua tu ke depan. Kata diorang dah cun-cun takkan nak berbasah-basah dengan air pula. Karang anak-anak teruna tengok terus rejek. Alah makcik..jangan risau..nanti abah saya carikkan anak teruna best-best.Sudahnya, Syazrin menatang bekas-bekas air untuk basuhan tangan. Satu kiri, satu kanan.
Tiba-tiba matanya terpandangkan sesusuk tubuh yang dikenalinya. Mata mereka bertentang dan hampir-hampir sahaja bekas air terlepas dari tangan. Dia langsung tak berubah walaupun dah empat tahun berlalu.
"Oitt..Zack! Meh sini kau..lambat gila datang." Jeffry menyarungkan selipar jepun dan bergegas ke arah mereka. Zack tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Bila dia mengalihkan pandangannya kebelakang, Syazrin sudah pun lenyap.
Jeffry meluku-luku kepala Zack sebelum menarik rakannya itu ke bawah khemah. "Sorrylah bro..aku sesat tadi." Jeffry ketawa. "Tulah..hari tu aku dah suruh kau join aku balik sekali.Takmo..kan dah rugi..tu haa..tengok amoi-amoi comel atas beranda tu. Kawan-kawan si Chad."
Zack mengangkat kepalanya. Kelihatan Iqa,Chad dan Syazrin sedang khusyuk makan. Syazrin menoleh dan terperasan bahawa Zack memerhatikan mereka makan. Terus seleranya terbantut.Rentak jantungnya tak sekata.. Tolonglah jantung… janganlah tak betul dekat sini.
Jeffry mengajaknya naik ke atas beranda. Makan bersimpuh atas beranda barulah best. Special pula tu sebab banyak angin. Hilang panas kampung. Zack tersengih. Dia hanya membontoti langkah Jeffry.Selipar ditanggalkan dan dia menaiki anak tangga satu persatu lalu duduk bersimpuh setentang dengan Syazrina.
Iqa tersenyum melihat Zack.Bahunya disiku Chad.Iqa mengaduh sebelum mengusap perlahan bahunya. "Jangan dok gatai depan abang aku ek." Chad memberi amaran. Iqa cuma mencebik.
Eh,suka hatilah! Abang kau bukan laki aku.
Syazrin cuba mencapai bekas air untuk membasuh tangan. Zack membantu. Semua mata memerhati.Mula-mula nak tarik je tangan tapi dah dia angkat bekas tu..takkan nak buat bodoh pulak.
"Thanks.." Syazrin menuturkan kata lambat-lambat. Zack cuma mengangguk dan tersenyum.
* * * * *
"Hai Rin.". Siapalah pula kacau orang tengah rehat-rehat ni?? Buaian yang aku duduk aku ayun perlahan. Seronok betul duduk bawah pokok mangga ni.Nasib baik tak ada kerengga. Aku menoleh ke belakang bila sahaja Zack muncul betul-betul disebalik daun-daun pokok mangga yang merimbun tu.
Errr..cam mana dia tahu aku ada kat sini?? Rasanya tadi senyap-senyap aku blah lepas tolong Mak Mah goreng cekodok.Bukan diorang semua tengah makan cekodok ke? Aku garu kepala yang tak gatal. Bangun dari buaian dan mula bukak langkah meninggalkan Zack tapi tiba-tiba ada tangan menggenggam.
"Nak pergi mana?."
"Mak Mah panggil." Dalam hati Tuhan je yang tahu rasanya waktu tu. Kau nak apa??
"Tak dengar pun." Eh..banyak soal pulak.Suka hatilah.. Mak Mah telepati aku. Aku je yang boleh dengar dia panggil!
Zack menarik tangan Syazrin. Gadis itu terdorong kebelakang sedikit. Hampir-hampir nak jatuh atas tanah sebab melawan arus.Yang sorang menarik yang sorang menolak.
"Duduk sini sekejap."Syazrin menggeleng. Dia berdiri tepat dihadapan Zakiuddin. Mata dah terasa panas. Jangan menangis Rin..Kuatkan hati!
"Saya nak masuk.Minta diri." Syazrin tekad. Apa nak jadi pun jadilah.. aku berlari meninggalkan Zack.Ada panas dipipi, aku seka airmata yang mengalir. Hati aku..tiba-tiba pedih kembali.
* * * * *
Waktu tengah seronok bershopping di Alamanda, Iqa bukak cerita. Katanya dia cuba ushar-ushar Zack dari Jeffry tapi biasalah..abang Chad tu mana nak layan sangat kalau orang nak ngorat kawan dia..lainlah kalau nak ngorat dia.. lagi-lagi kalau tukang ngoratnya, Iqa.
"Know what..actually Zaki tu pernah ada gf tapi diorang lost contact. Lepas tu, abang Jeffry kata..terus Zaki tak pandang perempuan lain."
Eleh..yelah tu..entah-entah yang terputus tu awek Russia. Sebab tu tak pandang perempuan lain.Orang melayu tak sama dengan orang Russia!
"Zaki cari awek dia tu tapi tak jumpa. Email, sms, call. Semuanya tak berjawab." Eh..terbalik pula.Bukan aku ke yang carik dia?? Setahun lebih aku menunggu macam buah tak jatuh..sampai semua orang mengamuk dengan perangai aku.
"Jahat betul awek dia tu..Dahlah bf sakit..lepas tu tinggalkan macam tu je."
Sakit?? Sakit hangguk! Aku ni yang sakit menunggu..sakit hati!
"Pandai-pandai jelah kau ni Iqa oi..tu cerita sebelah pihak je.Terus jump into conclusion." Chad mencelah. Siapa tak kenal Syafiqah, kalau dah suka. Orang tulah yang dijunjungnya, dipuja, ditatang macam minyak petrol memenuhi tangki!
* * * * * *
"I need to meet her. Tolong aku Jeff." Zack separuh merayu. Jeffry naik hairan. Tak pernah Zack macam ni dengan perempuan. Sepanjang kenal dia, Zack tak pernah kisahkan mana-mana perempuan hatta yang macam Jennifer Lopez sekali pun.
"Kau nak kenal dengan Syazrin?."
Aku dah kenal dia pun…I miss her!!
"Ko ingat tak ex aku yang aku pernah cerita tu??." Zack tunduk memandang lantai. Sedih sebab Syazrin tak nak berjumpa dengannya. Sepanjang berada dikampung Jeffry, jenuh dia mencari peluang mendekati Syazrin tapi hampa..gadis itu terus-terusan mengelak.
Jeffry mengangguk."Yang jenuh kau carik tapi tak jumpa-jumpa?." Giliran Zack mengangguk. "Syazrin..dialah yang aku cari. Supposedly we are not ex sebab kitaorang tak pernah cakap apa-apa tapi sebab lost contact dan sebab..kemalangan tu."
Kerana kemalangan tu juga Jeffry dan Zack bersahabat. Waktu praktikal di Volgograd Hospital, Jeffry dihadapkan dengan kes kemalangan yang dahsyat. Semua yang terlibat meninggal dunia kecuali Zack. Zack koma dekat setahun lebih dan lumpuh. Pertama kali melihat Zack, Jeffry rasa terlalu bertanggungjawab mengenangkan mereka rakan senegara. Untung juga pihak hospital tidak kisah Jeffry melawat Zack. Jeffry, Nisha dan Mike memantau keadaan Jeffry dari semasa ke semasa. Tiada pengenalan id..tiada yang melawat.
Waktu Jeffry tersedar, dunianya rasa gelap gelita.Dia bernasib baik kerana kecederaan yang dialaminya tidak menjejaskan saraf otak.Sekurang-kurangnya dia masih ingat siapa dirinya. Pihak hospital menghubungi keluarga Zack dan meminta mereka datang.
Nek Ngah menangis melihat cucunya. Mereka menyangka Zack menghilangkan diri. Puas kedutaan Malaysia dihubungi, universiti tempat Zack belajar tapi hampa. Pihak universiti gagal mengesan Zack.
Zack dan rakan-rakannya ketika itu bercuti di Volgograd. Dia memang tidak sosial dan tidak banyak bergaul dengan orang lain kecuali mereka-mereka yang terlibat dalam kemalangan itu. Zack bernasib baik kerana tercampak keluar tika kereta mereka berhentam dengan sebuah lagi kereta dari arah bertentangan.
* * * * * *
"Jumpa dia Rin..please..abang merayu ni."
Kenapa nak jumpa?? I don’t know him!
"Rin tak kenal dialah abang Jeff..Tak naklah."
Rin I : Menipu Rin..berdosa!
Rin II : Bohong sunat..tak apa.
"Abang tahu Rin kenal dia..He used to be my patient Syazrin. Meet him and you’ll know the truth."
Patient?? Kenapa dengan Zack??
"Tapi…"
"Tak ada tapi-tapi..jumpa dia malam ni. I’ll tell him to pick you up.At 8 okey."
Talian terputus…aku tak nak jumpa!! Aku hempas badan ke atas katil. Penat balik kerja tak habis lagi, tiba-tiba abang Jeff call suruh jumpa dia. Mr.teddy disebelah aku tarik..peluk sekuat hati. Hm…masa untuk hantar kau balik mr.teddy…
* * * * * *
"Kenapa bawak mr.teddy?." Zack memandangku meminta kepastian. Nak jawab apa ni??
"Nak pulangkan balik kat tuannya.."
Tanya-tanya buat apa??
Aku rasa akulah homosapiens paling tak rasional abad ni sebab bawak sekor teddy bear besar pergi makan dekat restoran. Semua orang pandang tapi aku peduli apa. Kalau ikutkan tadi nak tinggalkan je dalam kereta tapi fikir-fikir balik baik aku bersedia dengan sebarang kemungkinan. Mana tahu kejap lagi aku simbah air dekat dia ke..boleh terus cabut tinggalkan mr.teddy dan dia..biar terpinga-pinga..biar ternganga-nganga. Tak pun, before dia cakap apa-apa, aku bagi dulu mr.teddy kat dia.
"Hmm..is that mean you don’t love me anymore??."
Soalan apakah ini?? Gila!
"Kenapa tak buang je dalam tong sampah kalau dah tak suka?."
Kan kau juga yang cakap, kalo tak suka nanti pulangkan balik.
"Kan Zack juga yang suruh Rin pulangkan kat Zack kalo dah tak suka."
Aku menuturkan kata itu lambat-lambat. Payah benar nak bukak mulut. Dulu kalau jumpa Zack laju je mulut ni membebel. Tapi..tu dululah…
"And you promise me that you won’t!."Ada nada keras dihujung suaranya. Sedikit bergetar. Tiba-tiba air matanya menitis dan Zack menggenggam tangannya kuat. Zack menangis??
"Jenuh Zack cari Rin..tapi tak jumpa..Rin tukar no telefon, email, ym.. Benci sangat Rin dekat Zack ye?."Aku terdiam.
Kalau tak benci kau nak suruh aku buat apa?? Timang?? Tatang?? After you had left me without words….
"Buat apa cari Rin??."
Hati aku masih keras. Biar menangis air mata darah sekali.Nak maafkan Zack, tidak sekali!
"Because I still and will always love you.."
Aku meraup wajahku. Haruskah aku percaya dengan kata-kata Zack? Tapi.. abang Jeff ada cakap pasal Zack sakit..sakit apa??
"Abang Jeff kata Zack pernah sakit."
Zakiuddin tersenyum. "Ye…sakit..dan Zack bertambah sakit bila Rin hilang dari hidup Zack! I had coma for almost a year and half. Lepas tu bila sedar I’m paralysed."Badanku bergetar dan air mataku meluruh laju.
He didn’t left me!!
"Zack cari Rin..tapi tak jumpa.. Dua tahun Zack jalani terapi. Alhamdulillah..akhirnya Zack boleh berjalan balik."
Bahuku terhincut-hincut menahan tangis. Kejamnya aku pada Zack.. menghukum tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu..
Zack memegang kedua-dua belah tanganku. Kemudian perlahan-lahan dia menyentuh kedua-dua belah pipiku. Aku mendongakkan wajahku. Mata kami bertentang.
"Rin…minta maaf…"
Zack menggeleng. Air mataku disekanya. "Rin tak salah..takdir yang menyebabkan kita terpisah.." Syazrin tersenyum. Pipi Zack yang basah dengan air mata diusapnya perlahan. Zack memegang erat tangannya, tersenyum kembali.
"Kesian si buntal Zack ni..dah kurus dah sebab makan hati." Syazrin mengetap bibir. Geram.Mr.teddy dipeluknya.
"Eh..tadi bukan nak bagi mr.teddy kat Zack ke??." Jari jemari Zack mencapai mr.teddy. Adegan tarik menarik bermula. Syazrin menampar tangan Zack.
"Tak jadilah nak kasi..I won’t!."
* * * * * *
Iqa memandang Jeffry. Matanya terangkat sedikit. Seolah-olah tak percaya. Jeffry memegang bahunya perlahan.
"Maknanya…all these years..they’ve known each other?? Couple?." Iqa memandang Zack dan Rin dari kejauhan.
"Yapp..kesian diorang..tapi nasib baiklah..happy ending." Jeffry tersenyum sementara Iqa melepaskan keluhan berat. Tak sangka Rin dengan Zaki dah lama kenal. Patutlah waktu aku dengan Chad berebut gambar Zaki dan dia rampas, muka dia tiba-tiba lain macam. Lepas tu terus kunci diri dalam bilik. Waktu jumpa Zaki pulak, muka macam katak tertelan carbaid. Syazrin..Syazrin.. pandai betul berahsia. Simpan sendiri-sendiri jek. Aku housmate dia dekat dua tahun pun tak tahu!
Iqa tunduk memandang tanah.Kakinya menguis-nguis rumput. Perut lapar pulak tu. Cehh..tengok jejak kasih..lepas tu aku yang kebulur. Si Jeff ni asyik sengih je. Taulah orang dah tersuka bf orang!!
Chad ketawa melihat telatah Iqa.Tangannya yang sebentar tadi berada diatas bahu Jeffry diturunkannya. Dia menyiku Iqa yang sedang menarik-narik hujung baju, memintal-mintal..lepaskan geramlah tu…
"Dahlah tu Iqa..kau nak gigit jari pun takde faedah.Ameklah abang aku ni..dia pun dah lama single!.Hahahaha." Jeffry membulatkan matanya. Geram pulak dengan si Chad ni walaupun dalam hati suka.Bahu Chad dilanggarnya keras.
Iqa mencebik.
Takmo aku, doktor bizi, nanti selalu kena tinggal!
* * * * *
"Akak..mana mp3 saya??."
Eh..biar benar malaun ni.. mana ada mp3 dalam beg tu..
Wajah Zack serius menggeladah beg nike warna biru itu. Ahh..sudah..mati aku nak ganti mp3 orang pulak. Dahlah barang dalam beg tu memang boleh tahan mahal..semuanya branded branded belaka.
"Ehh..awak checklah betul-betul.Rasa saya mana ada mp3 dalam beg tu."
Fuh..fuh..mintak-mintaklah memang tak ada.
"No way..saya selalu bawak mp3 saya wherever I go..Awak kena ganti!."
Hah?? Ganti?? Mana nak cekau duit??
"Brand sony..yang bentuk macam lighter tu.. Rm499."
Botak!! Abahhhh..tolong Rin!
Tiba-tiba Mapley kedai tu datang menatang dulang berisi dua gelas teh tarik. Ni semua cadangan mamat ni supaya kitaorang tinggalkan kafe dan datang gerai Mapley ni. Nasib baiklah ada ruang terbuka kat luar ni. Back to the problem..macam mana nak ganti ni??
"Kalau tak ganti saya tak nak kasi lab report."
Ahh sudahhh..15% markah aku wehh..sepak kang!
Aku ketap bibir.Beberapa minit kemudian dengan selamba kodok Zack keluarkan mp3 dari poket kanan seluar dia.Pasang kat telinga lepas tu tersengih. Monyet!! Kau kenakan aku!! Kaki Zack aku tendang sepuas hati..Zack mengaduh dan ketawa.
-The End-
2 comments:
suke cite nie!!!
hohoo..enjoy 'si selekeh' & 'comel? aku ni comel ke?'
those are my best cerpens..hehe ^_^
Post a Comment